Sunday 20 December 2015

[Jana Wang Tunai Dengan Hartanah]
Hartanah sgt besar kegunaanya, bermula dari tanah kosong sehingga bangunan yang sudah dibina. Contohnya:
Tanah ekar pertanian boleh dipajak utk diusahakan.
Tanah ekar juga boleh ditukar syarat, kemudian dipecahkan kpd lot2 kecil.
Tanah kosong yg bersaiz kecil boleh dibuat billboard utk pengiklanan. Boleh juga ditempatkan BTS untuk syarikat2 telekomunikasi.
Manakala rumah kediaman boleh diberi sewa, mungkin boleh diberi sewa perkepala utk memaksimumkan keuntungan.
Ruang kedai atau pejabat boleh disewa.
Kalau ada tanah tp xde modal, boleh JV dengan pemaju.
Apa yg penting kita pandai mggunakan peluang yg ada, untuk menjana keuntungan.

~copypaste-jogho hartanah

Wednesday 2 December 2015

[ TIPS TERBAIK UNTUK YANG BEKERJA SENDIRI ]

Seperti yang kita semua sedia maklum, agak susah bagi mereka yang bekerja sendiri, berbisnes untuk mendapatkan pinjamanan, tak kira lah pinjaman peribadi mahupun pinjaman pinjaman perumahan. betul?..
Disini saya nak kongsikan beberapa tips, yang boleh membantu anda, untuk memudahkan urusan pinjaman anda.
1. Daftar bisnes korang di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selesai? Buat cop syarikat selepas itu.
2.Buka akaun semasa untuk syarikat korang (saranan Tuan Abdul Rahim Mohd Sabri, buat melalui Maybank paling senang).
3.Tetapkan gaji yang korang inginkan (ikut kemampuan syarikat masing-masing).
4. Daftar syarikat korang di KWSP. Kemudian, carum diri sendiri sebagai pencarum syarikat.
5. Setiap bulan, korang bayar caruman di KWSP. Untuk gaji bawah RM5000, potongan adalah sebanyak 13% dari majikan, 11% dari pekerja.
6.Cetak slip gaji anda setiap bulan. Templet slip gaji ada berlambak di Internet. Untuk ini, pakcik Google boleh tolong.

TIPS & PANDUAN MEMBELI RUMAH



 RUMAH PERTAMA ANDA ]
TIPS & PANDUAN MEMBELI RUMAH
🏠 Lokasi hartanah
✔ adanya kemudahan asas seperti kedai, bank, pejabat pos, hospital dll.
✔ kemudahan pengangkutan awam.
✔ jalan utama
✔ kualiti kejiranan seperti kadar jenayah dan keselamatan kawasan, struktur tanah.
🏠 Pegangan hakmilik
✔ status pegangan hak milik iaitu freehold ataupun leasehold.
✔ memeriksa sama ada terdapat halangan atau sekatan keatas hartanah tersebut.
🏠 Reputasi pemaju
✔ Lakukan carian tentang syarikat pemaju
✔ Semak pengalaman dan track record pemaju
✔ Semak status lesen pemajuan perumahan pemaju
✔ Minta salinan geran hartanah daripada pemaju
✔ Fahami terma-terma yang penting dalam perjanjian jual beli sebelum menandatanganinya.
🏠 Kemampuan kewangan anda
✔ Periksa aliran tunai dan nilai harta bersih anda untuk menentukan keselesaan kewangan anda.
✔ Semak aset dan liabiliti anda dan pastikan anda tidak mengalami masalah untuk memohon pinjaman.
✔ Tentukan anggaran bajet untuk rumah yang bakal anda beli.
✔ Gunakan tabungan atau pelaburan anda sebanyak mungkin untuk bayaran pendahuluan, ataupun akaun simpanan KWSP.
🏠Insurans
✔ Untuk perlindungan daripada kebakaran dan juga bencana alam.
🏠Kelayakan asas & pinjaman
✔ Kelayakan asas permohonan PPK
↪Pegawai tetap yang sedang berkhidmat dalam kerajaan Persekutuan/ Negeri / Badan berkanun.
↪Warganegara malaysia
↪Telah berkhidmat sekurangnya setahun dan telah disahkan jawatan.
↪Bukan seorang yang bankrap.
Perkhidmatan Hartanah AnNisa

Membantu anda untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik dalam memiliki rumah kediaman, rumah kedai dan juga tanah-tanah lot yang berkualiti.

Pihak kami juga membantu anda yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri, mengikut bajet anda, mengikut rekabentuk anda.